ShoutMix chat widget
Jika anda mempunyai sebarang gambar dari program-program yang melibatkan Sekreteriat Persada, mari kongsikan di blog Persada UTHM ini.. Perkongsian adalah ikhlas dan atas tujuan ingin menyemarakkan ukhwah sahaja. Emailkan gambar anda ke persadauthm.felda@gmail.com dan gambar yang menarik akan disiarkan. Pastikan saiz gambar dibawah 400x600 pixel.

Tuesday, 1 May 2012

Disebalik Appreciation Night of South Persada

 Lagi kami kongsikan beberapa gambar disebalik Appreciation Night Of South Persada. Maaf sebab lambat upload. Admin sangat sibuk kebelakangan ni..^^.. enjoy..

Persiapan sebelum Majlis
Klik Read More >>

Saturday, 28 April 2012

Friday, 27 April 2012

APPRECIATION NIGHT OF SOUTH PERSADA (20 APRIL 2012)



Pada 20 April 2012 yang lepas, Persada UTHM  telah mengajurkan Appreciation Night of South Persada bertempat di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail (DTII), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada individu-individu cemerlang di dalam sekretariat dan mereka yang banyak berjasa kepada sekretariat-sekretariat persada zon selatan. Majlis ini melibatkan semua sekretariat persada zon selatan iaitu Persada UTeM, Persada UTM, Persada USIM, dan keluarga baru Persada INSTEDT.



Klik Read More >>

Sunday, 8 April 2012

Karnival Iktiraf 2012 (1 April 2012)- Dataran Merdeka

Karnival Iktiraf (Ikatan Hati Warga Felda) Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya pada 1 April 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Seluruh Sekreteriat Persada IPTA telah menghantar rombongan termasuklah seramai 40 orang dari Persada UTHM. Acara utama adalah pukulan kompang berirama terbesar di Malaysia untuk mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Record.
Gadis Kompang Persada UTHM
Dalam pada itu,YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri yang menjaga Felda, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk setiap 20 IPTA bantuan pentadbiran/pengurusan sekretariat Persada IPTA (20 IPTA = 20 Persada = RM400,000), manakala RM 1juta untuk Bantuan Keupayaan Khidmat Masyarakat Persada IPTA/IPTS dalam/luar negara.-teks ucapan dibacakan oleh YAB Timb, Perdana Menteri.

p/s: Hopefully, lepas ni lebih banyak program berimpak tinggi akan dianjurkan oleh Persada-Persada IPTA.^^

 Mari kita imbas kembali kenangan di Dataran Merdeka. Klik Read More


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluarga Persada