MY PERSADA UTHM



My PERSADA Rocks adalah sebuah program yang dianjurkan oleh IM4U dan kerjasama SERANTA serta FELDA. Program ini bertujuan memberi ruang PERSADA utk menjalankan program berbentuk volunteerism. 

Pihak IM4U akan menyediakan sedikit peruntukan setiap universiti menjalankan program ini. Program ini dijalankan secara berbentuk pertandingan antara 20 PERSADA UA. Setiap program akan diadili secara berperingkat sehinggalah peringkat akhir iaitu pembentangan laporan.

Sang juara akan dihadiahkan geran menjalankan program sebanyak rm10,000. Pertandingan ini untuk melatih sifat kepimpinan, kesukarelawanan dan kerjasama antara ahli PERSADA yang aktif. Tujuan utama program ini adalah bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan FELDA. Panel penilai terdiri daripada pihak IM4U sendiri.

Proposal program harus dihantar pada selewatnya penghujung julai. Timbang tara, program harus dijalankan selewatnya hujung oktober. Program boleh dijalankan dalam bentuk sukan, pameran kesihatan , pendidikan atau sebagainya mengikut kreativiti peserta. Amat digalakkan untuk program kerjasama dengan badan NGO & pihak lain.