Kepada semua ahli-ahli Persada yang telah mendaftarkan nama untuk Program Sehari Bersama Pemimpin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada 28 November ini diminta membuat semakan nama dan maklumat anda. Sebarang maklumat yang masih tidak lengkap atau salah taip hendaklah menghantar sms kepada PERSADA UTHM di nombor, 013-7861838 selewat-lewatnya pada hari Ahad, 27 November untuk tujuan semakan sijil penyertaan. 
Semakan boleh dibuat dengan klik -sudah dipadam-


PERUBAHAN!!

Pergerakan Bas adalah pada pukul 4 petang 2 petang dan para peserta diminta berkumpul di perkarangan HEP pada pukul 3.30 petang 1.30 petang. Pakaian adalah formal. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus Persada UTHM di nombor ini, 013-7861838.
Sempena sambutan Maal Hijrah, Persada UTHM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah pada 1 Muharram bersamaan 27 November 2011 kepada seluruh Persada IPTA terutamanya kepada Ahli Persada UTHM. Walaupun tidak disambut semeriah tahun baru Masihi, diharapkan kita semua dapat menghayati erti sebenar penghijrahan. Semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada PERSADA UTHM dan semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.   Diharapkan kita semua tidak lupa untuk menjalankan ibadah dan hubungan kita terhadap Allah, sesama insan dan makhluk.
 Sambil tu mari kita luangkan sedikit masa membaca doa ini. klik Read More


Program selama sehari anjuran Seranta ( Felda) Jabatan Perdana Menteri ini akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari Isnin, 28 November 2011 depan. Pemimpin yang akan bersama-sama kita pada hari tersebut adalah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Sesiapa yang berminat boleh sms Nama dan No. Metrik kepada 013-7861838. Sijil penyertaan akan disediakan. Persada memerlukan 40 orang penyertaan dari warga UTHM. Sebarang Pertanyaan boleh terus menghubungi PERSADA UTHM.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Bermacam-macam cerita disebalik program ni, disini kami kongsikan kenangan Persada UTHM bersama-sama ahli baru yang mendaftar, keluarga Persada UTHM sudah semakin membesar...yeay..

Comelkan adik ni....




Nak tengok sape yang kena bahan? Klik Read More




Program Melestari Generasi Felda telah berjaya berlangsung dengan jayanya di Felda Jengka 2, Pahang pada 11-13 Nov 2011 yang lepas. Program ini dianjurkan oleh Persada Zon Selatan diketuai oleh Persada UTHM dengan kerjasama Persada UTM, Persada UTeM, dan Persada UNISZA sebagai Jemputan. Pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama dan dibantu oleh Majlis Belia Felda Malaysia (Wilayah Jengka) seperti Motivasi Pintar(PMR dan SPM), Khidmat Bakti Persada, Sukan Persada, Karnival Persada,dan Forum Perdana.


 Nak tengok gambar sepanjang program? Klik Read More 



TENTATIF PROGRAM MELESTARI GENERASI FELDA

u/p: Peserta-peserta program.

11 NOVEMBER 2011 (JUMAAT)

Masa
Aktiviti
8:00 pagi
Pergerakan peserta dari universiti masing-masing
4:00 petang
Tiba di Felda Jengka 2, Pahang
Pendaftaran peserta di Dewan Orang Ramai
5:00 petang
Majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat
Disempurnakan oleh Pengurus Felda Jengka 2
6:30 petang
Bersurai ke rumah keluarga angkat
8:30 malam
Taklimat Pengarah Program
11:00 malam
Bersurai

Nak tgk lagi ? Klik Read More





Salam Persada, menjelang cuti pertengahan semester pada 5-13 November 2011, PERSADA UTHM mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua ahli keluarga PERSADA UTHM.

Dalam berhari raya, jangan lupa kepada yang terlibat kita ada tugas di Felda Jengka...(Program Melestari Generasi Felda)...Walauapapun, mari sama-sama kita hayati pengertian Aidil Adha..

Klik Read More