Kemuncak Program Jejak Gen Felda anjuran PERSADA UTHM dan Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri dengan jayanya telah berlangsung pada 28 Oktober 2011 yang lepas. Program ini dimulakan dengan menjejaki seramai mungkin generasi felda yang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bermula dari 24hb sehingga 27hb Oktober melalui kaunter di Kafeteria Arked sehinggalah ke Kolej-kolej Kediaman. 





Nak tahu gambar korang ada ke tidak? Klik Read More



Sekretariat Permuafakatan Siswa/i Felda (Persada) akan mengadakan Program 'Jejak Gen Felda' anjuran Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli-ahli baru dan lama yang telah mendaftar sebagai Ahli Persada untuk diberikan penerangan tentang hala tuju dan peranan sekretariat ini kepada mahasiswa felda di UTHM pada satu MAJLIS MAKAN MALAM pada:

TARIKH: 28 OKTOBER  2011
TEMPAT: G3-DKA
MASA: 8.00 MALAM

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat boleh datang ke kaunter pendaftaran dan pertanyaan, untuk mendapatkan Kad Jemputan yang akan di buka di Perkarangan Kafeteria Arked pada 25 hingga 27 November ini. Peserta bertuah akan berpeluang mendapat T-Shirt Eksklusif Persada.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada laman sosial Persada di Persada Uthm. atau di Page Persada.

Jom meriahkan Group Ruang Sembang Persada.
Program jemputan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Seranta Jabatan Perdana Menteri ini berlangsung di Felda Sg Koyan, Raub Pahang pada 23-25 September 2011 yang lepas.. Seramai 40 orang Ahli Persada UTHM telah bersama-sama memeriahkan Program Motivasi ini dengan bertindak sebagai Fesilitator.  Ini adalah antara cebisan kenangan program yang dapat dikongsikan bersama....~

Nak usha lagi? Klik read more...



Program ini diadakan untuk menyambut kedatangan Persada UiTM yang datang menjalin ukhwah dengan Persada UTHM. Berlangsung selama tiga hari, beberapa pengisian program telah dilakukan untuk menggeratkan hubungan antara dua sekretariat yang sama dari Universiti berbeza..Semoga ukhwah yang sedia terjalin kekal selamanya..Antara gambar yang dapat dikongsikan bersama~



Nak tengok lagi klik Read More...