Minggu Ulangkaji telah bermula di kebanyakan IPTA seluruh Malaysia, debaran Peperiksaan Akhir lebih terasa daripada meraikan tahun baru 2012. Dalam kesempatan ini, Persada UTHM ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada seluruh keluarga Persada IPTA terutama ahli Persada UTHM, semoga pengorbanan anda di universiti bersama Persada tidak kebumikan harapan ibu bapa kita di Felda. Bersama kita melestari kejayaan generasi baru.

Kepada seluruh warga UTHM,
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir 2011/2012..
Pada 9-11 Disember 2011 yang lepas Persada UTHM telah telibat dengan Kem Transformasi Persada anjuran Seranta (Felda) Jab. Perdana Menteri bertempat di Kem NADI, Sungkai, Perak bersama persada-persada universiti awam yang lain. Antara bingkisan yang dapat dikongsikan bersama..


 Klik Read More


Kepada peserta Kem Transformasi Persada di Kem Nadi , Sungkai Perak pada 9-11 November 2011 ini. Satu perjumpaan akan diadakan pada pukul 9.00 malam di Dewan Aktiviti KKTDI pada 8 November.




Tentatif program boleh di lihat dengan klik link ini....Tentatif Program

Peserta program boleh menyemak nama, no ic dan no metrik di link ini.....-sudah dipadam-

Sebarang kemusykilan sila hubungi Persada UTHM 
Pada 28 November 2011 yang lepas, Sekretariat Persada UTHM telah terlibat dalam Program Persada Bersama Pemimpin bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program anjuran Seranta (Felda)Jabatan Perdana Menteri ini telah menjemput Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abd Samad dan Panel Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof), Dr Ismail sebagai Ahli Panel dalam forum yang diadakan. Selain UTHM dan UTM, Program ini juga disertai oleh IPTS dari Institute Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) sebagai keluarga Persada yang baru bagi zon selatan.Program Persada bersama Pemimpin ini menjadi lebih bermakna apabila diberi amanat oleh Pengarah Seranta (Felda) Jab. Perdana Menteri, Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid. Semoga banyak maklumat dan ilmu dapat diperolehi daripada Persada bersama Pemimpin ini.

 Gambar korang ada ke tidak? Klik Read More

Selama seminggu Sekretariat Persada UTHM telah mengambil bahagian dalam Karnival Aktiviti Pelajar Anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM. Sekretariat Persada telah membuka booth pameran bersama-sama Sekretariat dan Kelab lain yang ada di UTHM. Antara aktiviti yang diadakan di booth adalah Permainan Puzzle Logo Persada dan Pengambilan Keahlian baru. Sejumlah Ahli baru telah mendaftar dan banyak maklumat Sekretariat Persada telah dikongsikan. Semoga kehadiran Sekretariat Persada di UTHM tidak dilihat sebagai penyeri tetapi menjadi salah satu Sekretariat yang mempunyai peranan dan fungsi di dalam dan diluar Universiti. Tahniah dan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat.



Nak tengok jejaka hensem bergambar dengan nana?  Klik Read More