Salam Persada,
15 November 2012 ini bukan sahaja bermakna anda semua dapat cuti umum untuk berehat, tetapi ia juga merupakan detik penting untuk kita hayati setiap tahun.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keadilan dan kebenaran. Mari kita berhijrah!!
p/s: Persada UTHM pun akan mengalami hijrah (perubahan) tidak lama lagi. Hopefully perubahan yang lebih baik. InsyaAllah.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
p/s/s: admin lama akan mula update program-program lama yang belum direkodkan untuk tatapan dan rujukan ahli- ahli baru.. ( ikut kelapangan masa) harap admin baru dapat teruskan usaha merekodkan aktiviti Persada UTHM dalam blog ini.