PERSADA UTHM FUTSAL Y GENERATION TOURNAMENT GEMPAK DAN GEGAR!!

     Assalamualaikum dan salam sejahtera,pertama sekali kami nak minta maaf sebab dah lama tak update entri.Harap segala kesulitan dimaafkan.Okay!entri kali ini kami dari kelab persada UTHM telah mengadakan satu program iaitu ‘PERSADA UTHM  FUTSAL TOURNAMENT’.Pertandingan futsal ini telah berlangsung selama dua hari iaitu sabtu dan ahad bertarikh 11 dan 12 Mei 2013 dimana ia dilangsungkan di gelanggang futsal UTHM.

                                    Banner untuk program kami kali ini.

      Sebanyak 16 pasukan berentap dan mereka dibahagikan  kepada 4 kumpulan.Pada peringkat kumpulan,juara dan naib kumpulan akan pergi ke peringkat seterusnya dalam suku akhir,separuh akhir dan final perlawanan berlangsung pada petang hari Ahad.

    Sambutan untuk program ini sungguh memberansangkan dan  program ini berlangsung dengan sungguh meriah disamping cuaca pun baik.Program ini pada akar umbinya bertujuan melahirkan generasi mahasiswa yang aktif cergas dengan sukan permainan yang popular iaitu futsal.Semua pasukan berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan oleh kami sepanjang program berlangsung.

klik read more untuk membaca entry ini sepenuhnya...


    Sememangnya perlawanan pada final futsal ini sangat sengit di mana kedua-dua pasukan iaitu SOLOBOLO dan KUTAQEK CREW berhempas pulas di bawah terik matahari ahad.Juara menjadi milik pasukan Solobolo dengan kemenangan dramatik 3 - 2 ke atas pasukan Kutaqek Crew.Untuk perebutan tempat ketiga pula,pasukan ARMADA FC menundukkan pasukan QHUE FC dengan 1 - 0.

   
Juara Keseluruhan Persada UTHM Futsal Tournament :SOLOBOLO FC

Naib Juara  Keseluruhan Persada UTHM Futsal Tournament :KUTAQEK CREW

Tempat Ketiga Persada UTHM Futsal Tournament: ARMADA FC

Pemain Terbaik Perlawanan Final: Abdul Hadi bin Kiprawi

Barisan tenaga Kelab Persada yang menjayakan program kali ini.Tahniah!

Lupa pulak!Presiden Kelab menyampaikan cenderahati kepada wakil pengadil yang professional sepanjang program.Dua wajah yang keletihan tapi masih mampu tersenyum.

    
Menang dan kalah adat perlawanan,sekalipun bermain guli tapi apa yang penting adalah semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh semua pasukan yang menyertai kejohanan ini.Ternyata pelajar UTHM sangat aktif dalam bersukan dan mungkin program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.Jutaan terima kasih diatas kerjasama yang dihulurkan oleh semua yang terlibat dalam program ini.