ASSALAMUALAIKUM dan Salam PERSADA.. Pada 18 hingga 20 NOVEMBER 2013 yang lepas, telah berlangsung satu kem sains yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dari sekolah-sekolah sekitar Pagoh. Kem Sains ini dianjurkan oleh pihak Pejabat Penolong Naib Canselor Hubungan Industri dan Masyarakat dengan kerjasama PERSADA UTHM.. Alhamdulillah, PERSADA UTHM telah diberi kepercayaan untuk sama-sama mengendalikan Kem Sains ini.
Seramai 38 orang pelajar yang terlibat iaitu 12 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan dari 3 sekolah yang berlainan iaitu SMK Felda Lenga, SMK Bukit Pasir dan SMK Alaudin Riayat Shah-1 (SARS1).
klik read more untuk membaca entry ini sepenuhnya..
Program yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan memupuk minat pelajar mengenali lebih mendalam ilmu Sains dan Matematik yang kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia. Seramai lebih kurang 30 orang barisan Fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli PERSADA UTHM yang telah sama-sama membantu mengendalikan program ini agar program berjalan dengan lancar.
Terdapat pelbagai slot sebagai pengisian program ini. Antaranya Latihan Dalam Kumpulan, Sesi Motivasi Bersama Professor, Malam Patriotik dan Kembara Kampus. Selain dapat memupuk semangat kerjasama, pelajar juga didedahkan dengan situasi kritikal yang mana mereka harus berfikir secara kritis untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Hal ini sekaligus dapat menjana minda generasi kelas pertama dalam diri masing-masing.
Pelajar juga didedahkan dengan suasana kampus supaya mereka dapat membiasakan diri dan bersedia menerima dan menempuh cabaran apabila mereka berada di peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga telah dapat menjalinkan serta merapatkan ukhwah antara pelajar dan juga fasilitator.
berikut adalah sisipan gambar sepanjang program berlangsung.