MISI BANTUAN MANGSA BANJIR - ANJURAN PERSADA KEBANGSAAN

ASSALAMUALAUKUM DAN SALAM PERSADA. pADA 20 hingga 22 Disember 2013 yang lepas telah berlangsung satu Program MISI BANTUAN MANGSA BANJIR anjuran PERSADA KEBANGSAAN yang bertempat di Felda Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu.



Program MISI BANTUAN MANGSA BANJIR ini adalah merupakan satu program yang berbentuk bantuan khidmat masyarakat yang telah dijalankan di Felda Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu pada 20-22 Disember 2013. Program ini melibatkan PERSADA daripada beberapa IPTA di Malaysia. Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili Zon Tengah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) mewakili Zon Selatan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mewakili Zon Timur, dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mewakili Zon Utara.

klik read more untuk membaca entry ini sepenuhnya...


Program bantuan ini adalah satu langkah bagi membantu mangsa banjir di Felda Seberang Tayor, Kemaman dalam usaha meringankan beban mereka. Misi bantuan ini adalah langkah yang bijak selain dapat menjalinkan hubungan yang baik antara penduduk kampung dan peserta. Selain itu, secara tidak langsung program ini membantu mengeratkan silaturrahim serta semangat bekerjasama antara peserta yang trerdiri daripada ahli PERSADA di setiap universiti.

            Seramai 245 orang peserta telah terlibat bagi membantu mereka yang ditimpa musibah banjir yang melibatkan hampir 113 buah rumah di sana. Ini merupakan banjir yang terburuk pernah mereka alami dengan ketinggian sehingga 15 kaki berbanding tahun lalu.

          Melalui program yang telah dijalankan ini, segala objektif telah tercapai dengan jayanya dan turut memberi impak yang positif di antara pihak yang terlibat di dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir di Felda Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu. Diharapkan sedikit penglibatan dan bantuan daripada PERSADA dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Semangat berpasukan yang diterapkan dalam program ini dapat digunapakai pada masa akan datang dalam kehidupan seharian. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mereka tabah atas musibah yang terjadi.