LAWATAN INDUSTRI PERSADA UTHM

                 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERSADA.. ehemm... ehemmm... hari ni admin terasa rajin pulak utk update semua program2 persada uthm dlm blog ni.. bertujuan untuk tatapan ahli-ahli persada sekalian.. :) 

                 Pada 15 Mac 2014 yang lepas, satu program Lawatan Industri ke Kilang sawit Felda Air Tawar 2 telah diadakan. seramai 38 peserta yang mendapat peluang untuk mengikuti Lawatan Industri ini. 



            Program Lawatan Industri Persada UTHM ini merupakan program yang mendedahkan peserta mengenai situasi sebenar yang berlaku di kilang atau industri sawit Felda disamping dapat mempelajari ilmu baru tentang dunia sebenar kejuruteraan. Selain itu, peserta dapat mempelajari cara berkomunikasi bersama staf di kilang tersebut.

klik read more untk membaca entry ini sepenuhnya..


            Objektif utama program ini adalah memperkenalkan industri atau kilang Felda yang memproses kelapa sawit kepada pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Selain itu, peserta diperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai sistem pengurusan dan operasi di kilang tersebut. Tambahan pula, peserta dapat menanamkan sikap yang lebih keterbukaan untuk bergaul dengan rakan dan dapat menanamkan semangat sayang kepada PERSADA serta dapat mengeratkan silaturahim sesama insan.












Melalui program yang telah dijalankan ini, segala objektif telah tercapai dengan jayanya dan turut memberi impak yang positif di antara pihak yang terlibat di dalam Program Lawatan Industri Persada UTHM. Selain daripada itu, penglibatan dalam program ini dapat mewujudkan pengetahuan yang lebih banyak dalam industri serta dapat menjalinkan sesebuah insan uhkuwah dan silaturrahim di antara ahli. Diharapkan penglibatan ini dapat membuka minda pelajar dalam industri yang akan diceburi.